Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat jua saya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan ini dengan sempurna. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Encik Mokhtar Bin Ishak yang telah banyak membantu dalam memberi penerangan serta idea-idea yang bernas kepada anak didiknya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan sama-sama memberi idea dalam mencari bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya jasa baik kalian semua tidak dapat saya balas dan hanya yang Maha Esa sahaja yang mampu membalasnya.
Tidak lupa juga rakaman jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya terutama sekali kepada suami saya iaitu Mohamad Azinin Bin Ramli kerana banyak memberi sokongan dan dorangan kepada saya agar tidak cepat putus asa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya perangsang yang diberikan dapat memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan pengajian ini walaupun banyak liku-liku dan cabaran terpaksa saya tempuhi.
Akhir kata, semoga tugasan yang telah saya siapkan ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada sesiapa saja yang melayari blog ini untuk dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang. Segala kekurangan di dalam tugasan ini, adalah kelemahan dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya daripada Allah SWT.
Sekian terima kasih
Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ atau unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ atau unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sisitem metrik. Cecair sendiri tiada bentuknya. Ia hanya berbentuk mengikut bekas yang diisinya. Bagi mempelajari topik ini, bahan-bahan yang terbuang boleh dikumpulkan semula sabagai bahan bantu mengajar seperti botol air mineral, gelas plastik, mangkuk dan lain-lain. Bahan ini boleh digunakan sebagai alat pengukur atau bekas untuk diisi.
Topik isipadu cecair merupakan satu topik yang yang agak sukar difahami oleh murid. Ini adalah memandangkan ramai kanak-kanak mempunyai idea yang sedikit mengenai kapasiti. Apabila ditanya bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi atau bekas yang pendek, kebanyakan kanak-kanak akan memilih bekas yang tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek mempunyai lebih isi.
Ini jelaslah menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).
“Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective”.(NCTM, 1980: 25)
How To Measure the Volume of a Liquid Using A Graduated Cylinder
Measuring volume by Peter Weatherall
TAJUK : MENGUKUR DAN MEMBANDINGKAN ISIPADU MENGGUNAKAN UNIT BUKAN PIAWAI
CONTOH BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR ISIPADU
Tajuk:
Mengukur dan membandingkan isipadu menggunakan unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar :
i) Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz
ii) Sebaldi air
Langkah-langkah :
- Set Induksi - Dengan menggunakan kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air, guru menyoal murid menamakan bekas-bekas berkenaan.
- Murid dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai 5 orang murid.
- Seorang murid dilantik sebagai pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran bagi bekas yang lebih banyak boleh menampung air.
- Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti lebih banyak, kurang dan lebih kurang sama.
- Di akhir pengajaran, guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.
-
CONTOH LEMBARAN KERJA
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang diberi
|
Bekas X menampung ____________ air daripada bekas Y.
|
|
Bekas X menampung ____________ air daripada bekas Y.
|
|
Bekas X menampung ____________ air daripada bekas Y. |
TAJUK : MENGUKUR DAN MEMBANDINGKAN ISIPADU MENGGUNAKAN UNIT PIAWAI
CONTOH BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR ISIPADU
Tajuk:
Mengukur dan membandingkan isipadu menggunakan unit piawai
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.
Bahan bantu Mengajar :
i) Bekas berbeza saiz
ii) Sebaldi air
iii) Selinder penyukat
iv) Lembaran kerja
Langkah-langkah :
- Set Induksi – Murid diperkenalkan dengan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
- Murid dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang murid.
- Seorang murid dilantik sebagai pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
- Setiap kumpulan diberi 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selinder penyukat dalam unit liter(L).
- Setiap kumpulan akan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
- Kemudiannya mereka akan mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan menggunakan selinder.
- Pencatat bagi setiap kumpulan akan merekodkan keputusan bacaan.
- Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair iaitu liter (L).
- Setiap keputusan bacaan akan dibentangkan di dalam kelas bersama-sama dengan cecair yang telah dituangkan untuk melihat ketepatan bacaan bagi setiap kumpulan.
- Di akhir pengajaran guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.
CONTOH LEMBARAN KERJA
Tuliskan bacaan pada setiap silinder penyukat berikut dan isikan tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
Rumusannya, Topik Isipadu dan Cecair Tahun 2 hanya memberi penerangan kepada murid untuk menerokai kapasiti cecair bagi sesuatu bekas. Kapasiti yang diukur adalah terhad kepada unit liter (l) di dalam sistem metrik. Pembelajaran isipadu dan cecair bermula dengan pengalaman konkrit dalam situasi realistik melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai.
Oleh yang demikian setiap aktiviti yang telah dipaparkan melalui blog ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan juga panduan kepada murid-murid bagi menjalani proses persediaan sebelum memulakan proses pembelajaran. Kreativiti dan ketekunan guru-guru adalah perkara penting bagi membantu mengatasi masalah kesilapan tentang pemahaman konsep apabila membuat perbandingan berkaitan dengan topik ini. Adalah diharapkan kepada semua guru dapat mengaplikasikan segala benda maujud di persekitaran murid sebagai bahan bantu mengajar kerana kadang kala pembelajaran murid-murid boleh berlaku melalui pengalaman yang mereka lihat di persekitaran mereka.
Kennedy, L.M., & Tipps, S. (2000). Guiding Children”s Learning of Mathematics Allyn & Wadsworth, US
Murugiah s/o velayutham, kao Thuan Keat.(2010). HBMT2103 Teaching Mathematic In Year Two. Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran Mathematik Tahun 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2004). CD 5,6&7 Teaching Courseware Mathematics Year 2. Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag&playnext=1&list=PLCBB616EFD1232CF7&index=1