Saidah Shafii


Rumusannya, Topik Isipadu dan Cecair Tahun 2 hanya memberi penerangan kepada murid untuk menerokai kapasiti cecair bagi sesuatu bekas. Kapasiti yang diukur adalah terhad kepada unit liter (l) di dalam sistem metrik. Pembelajaran isipadu dan cecair bermula dengan pengalaman konkrit dalam situasi realistik melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai. 

              Oleh yang demikian setiap aktiviti yang telah dipaparkan melalui blog ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan proses pengajaran  dan juga panduan kepada murid-murid bagi menjalani proses persediaan sebelum memulakan proses pembelajaran. Kreativiti dan ketekunan guru-guru adalah perkara penting bagi membantu mengatasi masalah kesilapan tentang pemahaman konsep apabila membuat perbandingan berkaitan dengan topik ini. Adalah diharapkan kepada semua guru dapat mengaplikasikan segala benda maujud di persekitaran murid sebagai bahan bantu mengajar kerana kadang kala pembelajaran murid-murid boleh berlaku melalui pengalaman yang mereka lihat di persekitaran mereka.   
0 Responses

Post a Comment

Powered by Blogger.