Saidah Shafii
Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ atau unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ atau unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sisitem metrik. Cecair sendiri tiada bentuknya. Ia hanya berbentuk mengikut bekas yang diisinya. Bagi mempelajari topik ini, bahan-bahan yang terbuang boleh dikumpulkan semula sabagai bahan bantu mengajar seperti botol air mineral, gelas plastik, mangkuk dan lain-lain. Bahan ini boleh digunakan sebagai alat pengukur atau bekas untuk diisi.

Topik isipadu cecair merupakan satu topik yang yang agak sukar difahami oleh murid.  Ini adalah memandangkan ramai kanak-kanak mempunyai idea yang sedikit mengenai kapasiti. Apabila ditanya bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi atau bekas yang pendek, kebanyakan kanak-kanak akan memilih bekas yang tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek mempunyai lebih isi. 

Ini jelaslah menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). 

“Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective”.(NCTM, 1980: 25)

0 Responses

Post a Comment

Powered by Blogger.