Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat jua saya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan ini dengan sempurna. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Encik Mokhtar Bin Ishak yang telah banyak membantu dalam memberi penerangan serta idea-idea yang bernas kepada anak didiknya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan sama-sama memberi idea dalam mencari bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya jasa baik kalian semua tidak dapat saya balas dan hanya yang Maha Esa sahaja yang mampu membalasnya.
Tidak lupa juga rakaman jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya terutama sekali kepada suami saya iaitu Mohamad Azinin Bin Ramli kerana banyak memberi sokongan dan dorangan kepada saya agar tidak cepat putus asa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya perangsang yang diberikan dapat memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan pengajian ini walaupun banyak liku-liku dan cabaran terpaksa saya tempuhi.
Akhir kata, semoga tugasan yang telah saya siapkan ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada sesiapa saja yang melayari blog ini untuk dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa akan datang. Segala kekurangan di dalam tugasan ini, adalah kelemahan dari diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya daripada Allah SWT.
Sekian terima kasih
Post a Comment