Saidah Shafii
Tajuk:
Mengukur dan membandingkan isipadu menggunakan unit piawai

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dengan betul.

Bahan bantu Mengajar :
i)   Bekas berbeza saiz
ii)  Sebaldi air
iii) Selinder penyukat
iv) Lembaran kerja

Langkah-langkah : 
  1. Set Induksi – Murid diperkenalkan dengan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai senggatan dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
  2. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang murid.
  3. Seorang murid dilantik sebagai pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
  4. Setiap kumpulan diberi 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selinder penyukat  dalam unit liter(L).
  5. Setiap kumpulan akan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
  6. Kemudiannya mereka akan mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan menggunakan selinder. 
  7. Pencatat bagi setiap kumpulan akan merekodkan keputusan bacaan. 
  8. Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair iaitu liter (L). 
  9. Setiap keputusan bacaan akan dibentangkan di dalam kelas bersama-sama dengan cecair yang telah dituangkan untuk melihat ketepatan bacaan bagi setiap kumpulan.
  10. Di akhir pengajaran guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan. 
 
CONTOH LEMBARAN KERJA

Tuliskan bacaan pada setiap silinder penyukat berikut dan isikan tempat kosong dengan perkataan yang diberi.










0 Responses

Post a Comment

Powered by Blogger.